================================
1. Apabila Ibu bapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun
Islam ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat
& impian mereka?
Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak ade duit"
.
2. Bila Ibu bapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa2
kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan
menanggung mereka?
Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak cukup
makan."
.
3. Bila Ibu bapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil2
klinik, hospital & kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan
mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta2 daripada kita kerana
mereka sangat memahami keadaan kita tetapi adakah kita memahami keadaan mereka?
Tergamakkah kita berkata," aku ada banyak hutang nak
kena bayar bulan ni."
.
4. Bila Ibu bapa anda bersedih kesunyian, tiada anak2 datang
menjenguk...siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan anda asyik sibuk
memberi alasan "SIBUK". Dapatkah kita rasai kesunyian ibu bapa kita?
Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai
tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi.
Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tapi
tak dapat cuti."
.
5. Bila Ibu bapa anda ditaqdirkan meninggal dunia, siapakah
yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya? Perhatikan wajah ibu/bapa
kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka adakah wajahnya
berada dalam keceriaan atau kesedihan.
Tergamakkah kita berkata," aku bukan tak nak balik
tengok mak/bapak aku masa dia sakit tempohari tapi masa tu aku tengah sibuk
sangat."
.
6. Bila Ibu bapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri
mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibu bapa kita tidak pernah
mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk
memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban,
bertungkus-lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kita dapatkah kita
lakukan apa yang seharusnya kita lakukan demi SEORANG ibu/ayah? Benarlah,
ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti boleh
menjaga seorang ibu/ayah.
Tergamakkah kita berkata,"aku sibuk, biarlah
adik-beradik aku yang lain uruskan."
.
7. Bila Ibu bapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu
yang mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang
alasan?Ketahuilah....walau apapun kita lakukan untuk ibubapa kita, kita masih
belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu ibu...setitik keringat
ayah....apakah nilainya pada kita?Lupakah kita bagaimana ibubapa kita
membesarkan kita? Boleh kita bayangkan bersama2?....
.
Sedarlah saudara/saudari berkhidmatlah untuk kedua ibu bapa
kita sementara mereka masih hidup....sedarlah berapa hari lagi kita dapat
melihat dan bersama ibu bapa kita kerana pengorbanan mereka sangat sangat besar
pada kita...
Buktikan!!! Biarpun 100 orang, 1,000 orang, 10,000 orang nak
tengok kita gagal TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR2 NAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU
IBU BAPA KITA. Tunjukkanlah kejayaan sebelum mereka menghembuskan nafas dan
menutup mata. Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini
adalah zuriat yang sangat HEBAT!
.
MAKA MARILAH KITA MENILAI DIRI SENDIRI....
.
Sharing is caring.... Al-Fatehah utk kedua-dua ibu bapa
kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan