Jumaat, 18 Disember 2015

Khutbah Jumaat..

Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Kg Madang


Dari Abu Said Al Khudri dan Abu Hurairah Radiallahuanhuma, Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, lalu dia memakai yang terbaik daripada pakaian-pakaiannya dan memakai wangian (haruman), sekiranya dia ada, setelah itu dia pergi ketempat menunaikan fardu Jumaat tanpa melangkahi kepada orang lain, lalu mengerjakan mana-mana sembahyang sunat yang dikehendakinya, kemudian dia berdiam diri sebaik sahaja imam muncul untuk menyempurnakan khutbah sehinggalah dia selesai daripada sembahyangnya, maka kesemua yang dilakukannya ini menjadi penghabisan dosanya yang berlaku antara Jumaat tersebut dan Jumaat yang sebelumnya.
(Riwayat Al Imam Abu Daud)


Adab berpakaian ke masjid

MARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di Akhirat.
Pakaian adalah untuk menutup badan dan anggota, dan menurut Islam pakaian itu mestilah yang menutup aurat. Islam mengangap pakaian adalah simbol indentiti, jati diri, kehormatan dan kesederhanaan seseorang yang dapat melindungi dari berbagai-bagai bahaya yang mungkin mengancam dirinya.
Walapun kewajipan utama berpakaian dalam Islam itu hanya untuk menutup aurat sahaja, namun banyak aspek perlu dititikberatkan kerana perkara berpakaian ini bukanlah suatu perkara yagn boleh diringakankan dan dianggap remeh. Antaranya dari aspek berhias, kebersihan, kecantikan, cara dan tempat dimana sesuatu pakaian itu hendak dipakai supaya bersesuaian dengan kehendak hukum dan kesopanan.
Apa yang pasti, dalam masyarakat kitani, memakai pakaian yang tidak bersesuaian dan tidak kena pada tempatnya merupakan satu kejanggalan. Hal ini ditegaskan oleh Al-Said Al Bakari Rahmatullah dengan katanya: bahawa keuzuran disebabkan tidak mempunyai pakaian yang sesuai atau layak itu boleh menjatuhkan maruah seseorang jika dibandingkan dengan lain-lain keuzuran.
Selaku orang melayu yang beragama Islam, kita orang-orang Melayu Brunei adalah terikat dengan hukum-hukum syarak dan adat budaya. Di samping berpakaian menutup aurat, cara berpakaian dengan sopan dan sesuai dengan majlis yang dihadiri juga telah lama disemai dan dipraktikkan. Apa yang pasti, orang Brunei memang mempunyai budaya berpakaian yang selari dengan kehendak hukum syarak. Pakaian kebangsaan Brunei iaitu pakaian cara Melayu sebenarnya menepati ciri-ciri menutup aurat dalam Islam, di samping mempunyai nilai seni tersendiri yang sopan lagi indah. Adalah lebih indah dan baik sekiranya pakaian cara Melayu Brunei yang lengkap ini dipakai untuk sembahyang fardu Jumaat. Selain pakaian cara Melayu, jubah atau gamis juga aalah pakaian yang sesuai untuk menunaikan sembahyang fardu Jumaat.
Penilaian berpakaian itu bukan hanya setakat menutup aurat. Akan tetapi kesesuaiannya meliputi keindahan dan perhiasan, sesuai dengan tuntutan syarak supaya berhias-hias setiap kali sembahyang termasuk ketika hendak menunaikan sembahyang fardu Jumaat.
Di negara kita Brunei Darussalam, pada suatu masa dahulu, khususnya apabila bercakap mengenai pakaian ketika bersembahyang fardu Jumaat, mempunyai identitinya yang tersendiri. Seseorang itu akan memakai pakaian cara Melayu yang lengkap dengan samping atau sinjang. Eloknya jika kita meneruskan identiti berpakaian sedemikian itu.
Walaupun berpakaian sedemikian bukan sebagai syarat sah aau tidaknya sesuatu sembahyang termasuk sembahyang fardu Jumaat, namun kita patut berfikir bahawa kita sebenarnya berada dalam suatu perhimpunan umat Islam maka patutlah kita berhias-hias dengan pakaian yang selayaknya, lebih-lebih lagi ketika menunaikan sembahyang.
Berhias ialah perkara yang disunatkan untuk dilakukan pada hari Jumaat bagi orang lelaki yang akan hadir ke masjid untuk berjemaah fardu Jumaat. Berhias itu ialah dengan memakai pakaian yang elok dan terbaik. Inilah yang dianjurkan dalam hadith Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya:
Dari Abu Said Al Khudri dan Abu Hurairah Radiallahuanhuma, Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, lalu dia memakai yang terbaik daripada pakaian-pakaiannya dan memakai wangian (haruman), sekiranya dia ada, setelah itu dia pergi ketempat menunaikan fardu Jumaat tanpa melangkahi kepada orang lain, lalu mengerjakan mana-mana sembahyang sunat yang dikehendakinya, kemudian dia berdiam diri sebaik sahaja imam muncul untuk menyempurnakan khutbah sehinggalah dia selesai daripada sembahyangnya, maka kesemua yang dilakukannya ini menjadi penghabisan dosanya yang berlaku antara Jumaat tersebut dan Jumaat yang sebelumnya.
(Riwayat Al Imam Abu Daud)
Adapun berpakaian yang elok dan sempurna itu bukan sahaja dituntut pada hari Jumaat, bahkan pada setiap kali kita menghadap Allah Subhanahu Wata’ala sebagaimana yang disebutkan dalam firmanNya dalam Surah Al A'raaf ayat 31:
Tafsirnya: “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang baik lagi sempurna setiap kali mengerjakan sembahyang dan tawaf.”
Manakala pakaian yang terbaik itu pula yang afdal dipakai ialah yang berwarna putih. Ini berdasarkan kepada beberapa hadith, antaranya:
Maksudnya: “Dari Aibni Abas Radiallahuanhuma, Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: pakailah daripada pakaian-pakaian kamu yang berwarna putih sesungguhnya pakaian putih itu adalah sebaik-baik pakaian kamu. Dan pakaikanlah padanya (kain putih) orang-rang yang meninggal dunia dari kalangan kamu.”
Jika tiada pakaian yang berwarna putih, maka yang hampir warnanya kepada putih.
Jika tiada juga, maka boleh memakai pakaian yang berwarna, menurut As-Said Al Bakri Rahmatullah, adapun yang lebih sempurna hendaklah kesemua bentuk atau jenis pakaian itu berwarna serba putih, termasuklah serban atau alas kepala. Bahkan afdal serban itu berwarna putih. Ini kerana jika dia tidak mendapati kesemua bentuk atau jenis pakaiannya itu serba putih, maka memadailah dia memakai warna putih itu pada sebelah atas.
Jika kemampuan untuk menyediakan pakaian yang khusus untuk digunakan pada hari Jumaat, maka adalah lebih elok. Perkara ini pernah disabdakan oleh Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadith:
Maksudnya: “Dari Muhammad bin Yahya, Rasullullah Sallallahu AlaihiWasallam bersabda: tidak ada salahnya jika salah seorang daripada kamu, atau kamu sekaliannya, jika ada kemampuan utuk menyediakan dua pakaian khusus untuk dipakai pada hari Jumaat, iaitu sebagai tambahan selain daripada dua pakaian kerjanya yang sehari-hari.” (Riwayat Al Imam Abu Daud)
Ingatlah bahawa hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang terbesar disisi Allah Subahanahu Wata’ala. Maka adalah wajar sebagai tanda kita menghormati keadaan waktu kita berhadapan dengan Allah Subhanahu Wata’ala pada hari yang besar itu kita hendaklah dalam keadaan sempurna dengan pakaian yang elok dan tertib. Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala suka kepada yang cantik, maka elokkanlah dan cantikkanlah diri agar kita menjadi orang yang disukai Allah Subhanahu Wata’ala.
Surah Al A'raaf ayat 31:

Tafsirnya: “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang baik lagi sempurna setiap kali mengerjakan sembahyang dan tawaf, serta makan dan minumlah dan janganlah berlebihlebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.”

Ahad, 25 Oktober 2015

Ukhuwah Islamiyah

Makna Ukhuwah Islamiyah.
• Menurut Imam Hasan Al-Banna: Ukhuwah Islamiyah adalah keterikatan hati dan jiwa satu sama lain dengan ikatan aqidah.
Hakekat Ukhuwah Islamiyah
1. Nikmat Allah (QS. 3: 103)
2. Perumpamaan tali tasbih (QS. 43: 67)
3. Merupakan arahan Rabbani (QS. 8: 63)
4. Merupakan cermin kekuatan iman (QS. 49: 10)
Perbedaan Ukhuwah Islamiyah dan Ukhuwah Jahiliyah
• Ukhuwah Islamiyah bersifat abadi dan universal karena berdasarkan aqidah dan syariat Islam. Ukhuwah Jahiliyah bersifat temporer (terbatas pada waktu dan tempat), yaitu ikatan selain ikatan aqidah (misal: ikatan keturunan [orang tua-anak], perkawinan, nasionalisme, kesukuan, kebangsaan, dan kepentingan pribadi).
Hal-hal yang menguatkan Ukhuwah Islamiyah:
1. Memberitahukan kecintaan pada yang kita cintai
2. Memohon dido’akan bila berpisah
3. Menunjukkan kegembiraan & senyuman bila berjumpa
4. Berjabat tangan bila berjumpa (kecuali non muhrim)
5. Mengucapkan selamat berkenaan dengan saat-saat keberhasilan
6. Memberikan hadiah pada waktu-waktu tertentu
7. Sering bersilaturahmi (mengunjungi saudara)
8. Memperhatikan saudaranya & membantu keperluannya
9. Memenuhi hak ukhuwah saudaranya
Buah Ukhuwah Islamiyah
1. Merasakan lazatnya iman
2. Mendapatkan perlindungan Allah di hari kiamat (termasuk dalam 7 golongan yang dilindungi)
3. Mendapatkan tempat khusus di syurga (15:45-48)

Ahad, 18 Oktober 2015

KEAJAIBAN AL QURAN

Pengenalan

“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari
Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang
(hendak) bertakwa”. (Al Baqarah 2)

Al Quran merupakan kitab wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada rasulNya yang mulia
Muhammad s.a.w lebih empat belas abad yang lalu. Ia diturunkan secara berperingkat-peringkat memakan masa lebih dua puluh tahun. Ayat-ayatnya terbahagi kepada dua zaman iaitu makiyyah dan
madaniyyah sesuai dengan keadaan zaman dan penerimaan para sahabat r.a. Ia tidak berubah dan
tidak dapat ditandingi sehingga akhir zaman. Al Quran merupakan mukjizat yang teragung untuk
dipelajari, dijadikan panduan dan diamalkan oleh seluruh umat manusia sepanjang zaman. Mukjizat yang diberikan kepada rasulrasul lain lebih berupa keajaiban yang dapat dilihat dengan mata, dipegang dengan tangan dan dirasa dengan lidah. Nabi Musa a.s sebagai contohnya diberikan keupayaan oleh Allah untuk menukar tongkatnya menjadi seokor ular yang besar yang mengalahkan semua ular ahli-ahli
sihir. Apabila kaumnya kelaparan, Nabi Musa a.s. dapat memberikan makanan melalui hidangan daripada langit. Apabila dikejar Firaun, Nabi musa boleh menggunakan tongkatnya untuk membelah Laut Merah. Nabi Isa a.s pula berupaya mengubat penyakitpenyakit yang ganjil, yang tidak dapat diubat oleh orang biasa. termasuk menghidupkan orang mati.  Semua mukjizat ini dapat diakui oleh seorang yang tidak berpelajaran sekalipun sesuai dengan umat pada masa tersebut.

Berbanding dengan mukjizat rasul terdahulu, al Quran dapat dirasai keajaibannya oleh orang yang
berilmu dan menggunakan akal fikirannya. Al Quran lebih mencabar kepada minda dan pemikiran
manusia. Dari semua sudut, al Quran lebih tinggi daripada apa yang boleh dibayangkan oleh manusia.
Dari sudut sastera, al Quran lebih hebat daripada semua sajak dan syair yang ada. Dari sudut sejarah, al
Quran membukti ketepatan sejarah yang sangat jitu. Dari sudut ramalan masa depan, al Quran dibukti
tepat dengan beberapa peristiwa yang berlaku sesudah wahyu diturunkan kepada Muhammad s.a.w. Dari sudut sains pula, al Quran sangat agung yang dibuktikan tepat setelah berabad-abad ia diturunkan.
Perkara ini sangat mustahil dapat diterangkan oleh seorang yang tidak tahu membaca dan menulis seperti Muhammad s.a.w. sekiranya beliau tidak mendapat petunjuk wahyu daripada Allah s.w.t.
Kita dapat melihat salah satu keajaiban al Quran adalah tentang proses penciptaan manusia yang
dibuktikan betul oleh sains moden setelah empat belas kurun ia diturunkan.

Keajaiban Penciptaaan Manusia menurut al Quran Manusia dicipta bermula daripada persenyawaan setitis air mani yang mengandungi sperma di dalamnya. Ini disebut di dalam al Quran:

“Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur, serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.” (Al Insaan 2)

Banyak lagi ayat-ayat lain yang menceritakan tentang penciptaan manusia bermula daripada
persenyawaan sperma dalam air mani ini. Ayat ini juga meletakkan pendengaran lebih dahulu daripda
penglihatan. Ini sesuai dengan hakikat penciptaan manusia yang mana mereka boleh mendengar sejak
dalam rahim lagi tetapi boleh melihat hanya selepas dilahirkan. Dalam al Quran juga, secara jelas
menceritakan bahawa bukan semua air mani yang digunakan untuk menjadikan manusia tetapi sebaliknya  hanya sebagainya sahaja. Firman Allah:
“Bukankah dia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?” (Al Qiyamah 37)

Perkataan yang digunakan oleh Allah dalam ayat ini adalah “nutfatam min maniiyin yumna” yang
bermaksud sebahagian daripada air mani yang dipancarkan. Di dalam surah al Sajdah ayat 8, Allah menggunakan perkataan “sulalah” yang bermaksud saripati, iaitu bahagian yang paling baik dalam satu-satu campuran.  Air mani tersebut tidak boleh berkembang dengan sendiri menjadi manusia seperti yang dipercayai oleh orang terdahulu semasa Al Quran diturunkan. Tetapi sebaliknya air mani itu mesti bercantum dengan telur daripada kaum hawa untuk menjadi manusia. Firman Allah:

“Dia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim); Yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan.” (At-Thariq 6-7)

Sulbi dan taraib dalam ayat ini dijelaskan oleh Dr Zakir Abdul Karim Naik sebagai tempat di mana
keluarnya salur darah yang membekalkan darah kepada testis (kilang sperma) dan ovari (kilang telur)
terletak antara tulang sulbi dan tulang dada1. Iaitu saluran darah testicular artery dan ovary artery bermula dari satu tempat antara tulang sulbi dan tulang dada. Ini dibuktikan benar oleh sains moden bahawa saluran darah ke testis dan ovari berasal daripada abdominal aorta dan renal artery bukannya berasal dari salur darah setempat. Jantina bagi manusia ditentukan oleh sperma daripada bapa bukannya telur daripada ibu. Ini dijelaskan oleh Allah dalam ayatnya:

“Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan. Dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim)” (An Najm 45-46)

Dalam ayat lain Allah menyebut:

“Bukankah dia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)? Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)? Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis lelaki dan perempuan” (Al Qiyamah 37-39)

Perkara ini dibuktikan tepat oleh sains moden iaitu jantina manusia ditentukan oleh sperma yang mempunyai genetik XY bukannya telur yang hanya mempunyai sejenis genetik XX sahaja. Perkembangan manusia di dalam rahim disebut secara jelas di dalam Al Quran sebanyak tiga peringkat. Firman Allah:

“Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging.  Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.” (Al Mu’minun 14)

Peringkat-peringkat ini di dalam istilah Al Qurannya disebut sebagai “alaqah”, “mudghah” dan “Nasy-ah”. Alaqah sering disebut oleh orang arab sebagai benda yang bergantung seumpama lintah2. Ini jelas menggambar-kan peringat zygote iaitu peringkat pertama setelah hasil persenyawaan melekat di dinding rahim. Mudghah pula adalah seumpama daging atau chewing gum yang dikunyah. Ia biasanya akan meninggalkan kesan gigi pada bahan yang dikunyah tersebut. Peringkat mudghah ini dikenali dalam istilah anatomi sebagai peringkat embryo berlaku daripada minggu ke lima hingga ke lapan kandungan. Bentuk seperti gigitan itu adalah peringkat pembentukan tulang belakang primitive yang dikenali sebagai somite.  Di akhir peringkat mudhgah terdapat peringkat pembentukan organ disebut di dalam al Quran sebagai ‘idzama. Pembentukan organ ini berlaku dengan pembentukan daging kemudian pembentukan tulang dan kemudiannya otot-otot membaluti tulang tersebut pula. Bermula dari akhir minggu ke lapan, embryo ini menjadi seolah-olah makhluk lain. Peringkat ini disebut dalam al Quran sebagai nasy-ah. Peringkat ini hampir semua organ telah terbentuk dan mula berfungsi. Perkara ini dibuktikan tepat setelah teknologi mikroskop dan endoskop berkembang dalam abad ke 20. Mustahil seorang yang tidak tahu membaca dan menulis seperti Rasulullah s.a.w. dapat menerangkan perkembangan dengan peringkat-peringkat yang terperinci sebegini. Apa yang menariknya, ayat tentang penciptaan manusia di dalam Al Quran disudahi dengan konsep ketuhanan yang agung iaitu Allah sebaik-baik pencipta. Di dalam ayat lain, Allah mencabar manusia:

“Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami) dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga dia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh) dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.” (Al Haj 5)

Harun Yahya dalam bukunya The Miracle of Human Creation3 menekankan bahawa tidak ada sebarang syak bahawa Allah yang mengawal setiap peringkat perkembangan manusia dalam kandungan ibu, yang menentukan kelahiran manusia di alam ini dan yang menentukan saat kematian manusia. Jadi sudah semestinya manusia tunduk dan patuh kepada Allah selaku penciptanya dan penjaganya itu.

Penutup

Sudah jelas bahawa keajaiban penciptaan manusia atau keajaiban lain yang ditunjukkan oleh al
Quran bukanlah untuk dikagumi sahaja oleh manusia. Ianya adalah untuk dijadikan petunjuk bagi
manusia dan seterusnya meyakini bahawa al Quran benar-benar datang daripada Allah. Manusia patut
menginsafi kelemahan diri sendiri dan seterusnya menuruti sebarang perintah Allah tanpa sebarang
persoalan.

Firman Allah:

“Mengapa kamu sanggup engkar kepada Allah, padahal kamu dahulunya tiada, lalu Allah
menghidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan dan dihidupkan-Nya kembali, kemudian kepada-
Nya-lah kamu dikembalikan?” (Al Baqarah 28)

Rujukan:

1. Zakir Abdul Karim Naik. Quran and Modern Science: Compatible or Incompatible. Saba Islamic
Media Kuala Lumpur Malaysia (2004)
2. Harun Yahya. Miracle of the Quran. Al-Attique Publishers Inc. Canada (2001)

3. Harun Yahya. The Miracle of Human Creation Goodword Books New Delhi, India (2003)




Apakah Yang Akan Berarti?

Siap atau Tidak Suatu hari
semuanya pasti akan berakhir
Tidak akan ada matahari terbit
tidak ada menit, jam ataupun hari

Semua materi yang dikumpulkan
Kekayaan,ketenaran dan kekuasaan
Tidak akan berarti dimata TuhanSehingga tidak akan penting lagi
segala sesuatu yang pernah dimiliki
atau yang pernah dengan bangga dikuasai

Segala macam rasa dendam,dengki
frustasi dan juga rasa iri hati
pada akhirnya akan hilang tiada arti
Begitu pula Kemenangan dan kekalahan
yang dahulu sangat penting akan lenyap

Tidak berarti lagi darimana kamu berasal
Tidak berarti lagi apakah kamu cantik atau brillian
Tidak berarti lagi apakah kamu pernah menjadi pujaan

Jadi apakah yang akan berarti?
Yang kemudian berarti
Bukan apa yang kamu beli
Namun apa yang kamu bangun
Bukan apa yang kamu peroleh
Tapi apa yang kamu berikan
Yang kemudian berarti
bukanlah apa yang kamu pelajari
namun apa yang sudah kamu ajarkan
Bukanlah kemampuan yang kamu miliki
Namun karakter yg kuat & penuh kelembutan hati

Yang kemudian berarti
bukan seberapa banyak orang yang kamu kenal
namun seberapa banyak yang akan merasakan kehilangan
ketika kamu pergi meninggalkan dunia yang tak abadi ini
Yang kemudian berarti
bukanlah yang kamu kenang
namun kenangan tentang dirimu
yang terus hidup dalam hati mereka yang mencintaimu


Sahabat, Yang kemudian berarti
adalah seberapa lama kita akan diingat
oleh siapa dan bagaimana kita dikenang
Maka tentukan pilihan2 terbaik dalam hidupmu
Agar kamu bisa pergi dengan tenang dan tersenyum

Agar kamu bisa menghadap kepada tuhan tanpa penyesalan

7 sebab kenapa kita perlu Berjaya dan Kaya
================================
1. Apabila Ibu bapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat & impian mereka?
Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak ade duit"
.
2. Bila Ibu bapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa2 kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka?
Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak cukup makan."
.
3. Bila Ibu bapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil2 klinik, hospital & kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta2 daripada kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita tetapi adakah kita memahami keadaan mereka?
Tergamakkah kita berkata," aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni."
.
4. Bila Ibu bapa anda bersedih kesunyian, tiada anak2 datang menjenguk...siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". Dapatkah kita rasai kesunyian ibu bapa kita? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi.
Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tapi tak dapat cuti."
.
5. Bila Ibu bapa anda ditaqdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya? Perhatikan wajah ibu/bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan.
Tergamakkah kita berkata," aku bukan tak nak balik tengok mak/bapak aku masa dia sakit tempohari tapi masa tu aku tengah sibuk sangat."
.
6. Bila Ibu bapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibu bapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban, bertungkus-lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kita dapatkah kita lakukan apa yang seharusnya kita lakukan demi SEORANG ibu/ayah? Benarlah, ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/ayah.
Tergamakkah kita berkata,"aku sibuk, biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan."
.
7. Bila Ibu bapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang alasan?Ketahuilah....walau apapun kita lakukan untuk ibubapa kita, kita masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu ibu...setitik keringat ayah....apakah nilainya pada kita?Lupakah kita bagaimana ibubapa kita membesarkan kita? Boleh kita bayangkan bersama2?....
.
Sedarlah saudara/saudari berkhidmatlah untuk kedua ibu bapa kita sementara mereka masih hidup....sedarlah berapa hari lagi kita dapat melihat dan bersama ibu bapa kita kerana pengorbanan mereka sangat sangat besar pada kita...
Buktikan!!! Biarpun 100 orang, 1,000 orang, 10,000 orang nak tengok kita gagal TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR2 NAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU IBU BAPA KITA. Tunjukkanlah kejayaan sebelum mereka menghembuskan nafas dan menutup mata. Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang sangat HEBAT!
.
MAKA MARILAH KITA MENILAI DIRI SENDIRI....
.

Sharing is caring.... Al-Fatehah utk kedua-dua ibu bapa kita.



APA ALAMAT CINTA ALLAH KEPADA HAMBA

Apa tanda cinta Allah kepada seorang hamba? Dan bagaimana seorang hamba dalam kondisi yakin sepenuhnya bahwa Allah Jalla Wa Ala mencintainya dan rido sepenuhnya kepada hamba ini?
Alhamdulillah
Sungguh anda telah bertanya dengan pertanyaan nan agung, urusan nan mulia,  tidak ada yang dapat menggapainya melainkan diantara hamba-hamba yang sholeh.
Cinta kepada Allah adalah posisi yang orang-orang pada berlomba-lomba. Kepadanya orang-orang bekerja dan orang menyingsingkan baju untuk menggapai ilmunya, kepadanya berbagai macam cara (dilakukannya) dengan ruh nan harum orang-orang ahli ibadah merasa tenang. Ia adalah bekal hati dan makanan ruh. Pelipur mata dan orang-orang yang tercinta.
Ia adalah kehidupan, barangsiapa yang terhalang (untuk mendapatkannya) maka dia termasuk kategori orang yang mati. (Ia adalah) Cahaya barangsiapa yang kehilangan, maka dia di lautan kegelapan. Ia obat barangsiapa yang tidak mendapatkannya, maka dihatinya banyak penyakit. Ia adalah kenikmatan, berangsiapa yang tidak mendapatkannya, maka seluruh kehidupannya adalah gelisah dan sakit.
Dan ia adalah ruh keimanan dan amal perbuatan, posisi dan kondisi. Kapan saja ia hilang darinya, maka bagaikan tubuh tanpa ruh. Ya Allah jadikanlah kami termasuk orang-orang yang Anda cintai.
Kecintaan kepada Allah ada tanda dan sebab-sebabnya bagaikan kunci untuk pintu, diantara sebab-sebab itu adalah:

1.      Mengikuti petunjuk Nabi sallallahu’alaihi wa sallam. Allah Ta’ala berfirman dalam KitabNya nan Mulia, ‘Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ SQ. Ali Imron: 31.

2.     Tunduk terhadap orang-orang mukmin dan merasa jaya terhadap orang-orang kafir serta berjihad di jalan Allah dan tidak takut melainkan kepadaNya Subhanahu. Allah telah menyebtkan sifat-sifat ini dalam satu ayat. Allah berfirman:

يا أيها الذين آمنوا من يرتد منكم عن دينه فسوف يأتي الله بقوم يحبهم ويحبونه أذلة على المؤمنين أعزة على الكافرين يجاهدون في سبيل الله ولا يخافون لومة لائم

“Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela.” SQ. Al-Maidah: 54.

            Dalam ayat ini, Allah menyebutkan sifat-sifat kaum yang dicintai. Sifat pertama adalah tawadhu’ (rendah hati) dan tidak sombong kepada orang Islam. Dan mereka merasa jaya (lebih tinggi) kepada orang-orang kafir. Jangan hina dan merendah kepada mereka. Mereka berjihad di jalan Allah. Berjihad kepada syetan, orang-orang kafir, orang-orang munafik, orang fasik, jihad pada diri sendiri. Dan mereka tidak takut terhadap celaan orang yang mencela. Ketika telah menunaikan perintah-perintah agamanya, maka tidak terpengaruh siapa yang menghina atau mencelanya.

3.        Menunaikan yang sunnah-sunnah. Allah Ta’ala berfirman dalam hadits Qudsi: ‘Dan hambaKu senantiasa mendekatkan diri kepadaKu dengan sunnah-sunnah sampai Saya mencintainya.’ Diantara yang sunnah-sunnah itu adalah sunnah shalat, shadaqah, umrah, haji dan puasa.

4.        Cinta, saling mengunjungi, saling memberi dan saling memberi nasehat karena Allah.

Telah ada sifat-sifat ini dalam satu hadits dari Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam yang diriwayatkan dari Tuhannya Azza Wa Jalla berfirman: “Telah terealisasi kecintaan-Ku untuk orang-orang yang mencintai karena-Ku. Telah terealisasi kecintaan-Ku bagi orang-orang yang saling berkunjung karena-Ku. Dan telah terealisasi kecintaan-Ku kepada orang yang saling memberi karena-Ku, dan telah terealisasi kecintaan-Ku bagi orang-orang yang saling menyambung karena diri-Ku.’ HR. Ahmad, 4/386. Dan 5/236. Dan ‘Tanasuh karangan Ibnu Hibban, 3/338. Dan dishohehkan kedua hadits Syekh Al-Bany di shoheh At-Targib wa At-Tarhib, 3019, 3020, 3021.

Makna ‘Al-Mutazawirina fiyya’ yakni berkunjung sebagian kepada sebagian lainnya dikarenakan untukNya, mencari keredoanNya dikarenakan kecintaan kepadaNya atau saling membantu dalam ketaatan-Nya.

Ungkapan firman tabaroka Wa Ta’ala ‘Wal mutabazilin Fiyya’ yakni mengdermakan dirinya dalam menggapai keredoanNya. Dengan sepakat berjihad kepada musuh-Nya atau selain dari itu dari apa yang diperintahkannya. Selesai dari kitab ‘AL-Muntaqa Syarkh Al-Muwato’ hadits no. 1779.

5.      Ujian, musibah dan cobaan untuk seorang hamba. Ia adalah merupakan tanda kecintaan Allah kepadanya. Yang mana ia seperti obat, meskipun pahit, akan tetapi anda hidangkan kepada pahitnya itu kepada orang yang anda cintai. –Maha suci Allah dari contoh yang agung- dalam hadits shoheh:

" إنَّ عِظم الجزاء من عظم البلاء ، وإنَّ الله عز وجل إذا أحب قوماً ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط " رواه الترمذي ( 2396 ) وابن ماجه ( 4031 )

“Sesungguhnya agungnya balasan dari besarnya cobaan. Dan sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla ketika mencintai suatu kaum, maka Dia akan diujinya. Barangsiapa yang redo, maka dia mendapatkan keredoaan. Barangsiapa yang murka, maka dia mendapatkan kemurkaan. HR. Tirmizi, 2396 dan Ibnu Majah, 4031 dan dishohehkan oleh Al-Albany.

Turunnya ujian itu kebaikan untuk orang mukmin daripada disimpan untuk siksaan di akhirat. Bagaimana tidak, karena di dalamnya dapat meninggikan derajat dan menghapus kesalahan. Nabi sallallahu’alaihi wa sallam:

إذا أراد الله بعبده الخير عجَّل له العقوبة في الدنيا ، وإذا أراد بعبده الشر أمسك عنه بذنبـــه حتى يوافيه به يوم القيامة " رواه الترمذي (2396) و صححه الشيخ الألباني

“Kalau Allah menghendaki kebaikan kedapa hambaNya, maka akan disegerakan hukumannya di dunia, kalau mengingikan kepada hambaNya kejelekan, maka ditahan (siksanya) dikarenkan dosanya sampai terpenuhi nanti di hari kiamat.” HR. Tirmizi, 2396. Dishohehkan oleh Syekh AL-Albny.

Ahli ilmu menjelaskan bahwa siksa yang ditahan adalah orang munafik, karena Allah menahannya di dunia agar ditunaikan secara sempurna dosanya nanti di hari kiamat. Ya Allah jadikanlah kami termasuk orang-orang yang Anda cintai.

Kalau Allah telah mencintai anda, maka anda jangan bertanya kebaikan yang akan anda peroleh. Keutamaan yang akan anda dapatkan. Cukup bagi anda bahwa anda termasuk kekasih Allah. Diantara buah yang agung kecintaan Allah kepada hambaNya adalah berikut ini:

Pertama, kecintaan orang kepadanya dan mendapatkan penerimaan di bumi. Sebagaimana dalam hadits Bukhori, 3209.

إذا أحبَّ الله العبد نادى جبريل إن الله يحب فلاناً فأحببه فيحبه جبريل فينادي جبريل في أهل السماء إن الله يحب فلانا فأحبوه فيحبه أهل السماء ثم يوضع له القبول في الأرض "

“Kalau Allah mencintai seorang hamba, Jibril menyeru ‘Sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka cintailah dia. Maka Jibril mencintainya. Kemudian Jibril menyeru penduduk langit, ‘Sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka cintailah dia. Maka penduduk langit mencintainya. Kemudian ditaruh baginya penerimaan di bumi.”

Kedua, apa yang disebutkan oleh Allah Subhanahu dalam hadits Qudsi dari keutamaan-keutamaan nan agung yang didapatkan oleh orang dicintainya.

فعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ اللَّهَ قَالَ : مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِي بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ وَمَا يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ وَبَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ وَيَدَهُ الَّتِي يَبْطِشُ بِهَا وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِي بِهَا وَإِنْ سَأَلَنِي لأُعْطِيَنَّهُ وَلَئِنْ اسْتَعَاذَنِي لأُعِيذَنَّهُ وَمَا تَرَدَّدْتُ عَنْ شَيْءٍ أَنَا فَاعِلُهُ تَرَدُّدِي عَنْ نَفْسِ الْمُؤْمِنِ يَكْرَهُ الْمَوْتَ وَأَنَا أَكْرَهُ مَسَاءَتَهُ " رواه البخاري 6502

“Dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu berkata, Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya Allah berfirman, ‘Barangsiapa yang memusuhi kekasih-Ku, maka Saya izinkan kepadanya untuk memeranginya. Dan apa yang (dipersembahkan) hambaKu dengan mendekatkan diri dengan sesuatu yang lebih Saya cintai dari apa yang Saya wajibkan kepadanya. Dan hamba-Ku senantiasas mendekatkan diri kepada-Ku dengan (ibadah-ibadah) sunnah sampai Saya mencintainya. Kalau sudah Saya cintai, maka Saya (memberikan taufik) kepada pengdengarannya yang digunakan untuk mendengar. Dan penglihatannya yang digunakan untuk melihat. Tangannya yang digunakan untuk memukul. Dan kakinya yang digunakan untuk berjalan. Kalau dia meminta kepadaKu, (pasti) akan Saya beri. Kalau dia meminta perlindungan kepadaKu, pasati akan Saya lindungi. Dan Saya tidak mengakhirkan serta berhenti seperti berhenti keraguan dalam urusan Saya yang melakukannya kecuali ketika mencabut jiwa hambaKu orang mukmin, (Saya berhenti agar mudah dan hatinya condong untuk rindu menggapai jalan orang-orang yang mendekatkan diri di golongan orang-orang tinggi (kedudukannya). Dan Saya tidak ingin menyakitinnya (dengan mencabut nyawanya agar mendapatkan rakmat dan pengampunan dan menikmati kenikmatan surga). HR. Bukhori, 6502.

Hadits Qudsi ini mengandung berbagai macam manfaat terkait kecintaan Allah kepada hambaNya:

1.      Saya pendengarannya yang digunakan untuk mendengar, maksudnya adalah tidak mendengarkan kecuali apa yang dicintai oleh Allah.

2.      ‘Dan penglihatannya yang digunakan untuk melihat’ yakni tidak melihat kecuali apa yang dicintai oleh Allah

3.      ‘Tangannya yang digunakan untuk memukul’ yakni tangannya tidak digunakan kecuali apa yang Allah redoi

4.      ‘Kakinya yang digunakan untuk melangkah’ maka tidak pergi kecuali apa yang Allah cintai

5.      ‘Kalau dia memintaku, pasti akan Saya berikan’ maka doanya di dengarkan dan permintaannya akan dikabulkan

6.      ‘Kalau dia meminta perlindunganKu, maka akan Saya lindungi’ dia terjanga dengan penjagaan Allah dari segala kejelekan.

Kami memohon kepada Allah agar mendapatkan taufik dan keredoan-Nya.


Wallahu’alam .

Ahad, 24 Julai 2011

Menjaga Kehormatan Muslimah Solehah



Menjaga Kehormatan Muslimah Solehah




Wahai saudariku muslimah, wanita adalah kunci kebaikan suatu umat. Wanita bagaikan batu permata, ia adalah pembangun generasi manusia. Jika wanita baik, maka baiklah suatu generasi. Namun sebaliknya, jika kaum wanita itu rosak, maka akan rosaklah generasi tersebut.

Wahai saudariku… engkaulah memikul  amanah pembangun generasi umat ini. Jadilah engkau wanita muslimah solehah yang sejati, wanita yang sentiasa menjaga kehormatan diri. Yang menjunjung tinggi hak Rabbul Izzati. Yang setia menjalankan sunnah rasul yang dikasihi.





Wanita Berbeza Dengan Lelaki

Allah berfirman,

وَمَاخَلَقْتُ الجِنَّ وَ الإِنْسَ إِلاَّلِيَعْبُدُوْنِ

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” (Qs. Adz-Dzaariyat: 56)

Allah telah menciptakan manusia dalam bentuk  perempuan dan lelaki dengan memiliki kewajiban yang sama, iaitu untuk beribadah kepada Allah. Dia telah menempatkan pemuda dan wanita pada kedudukannya masing-masing sesuai dengan kemampuannya. Dalam beberapa perkara, sebahagian mereka tidak boleh dan tidak boleh menggantikan yang lain.

Keduanya memiliki kedudukan yang sama. Dalam bidang peribadatan, secara umum mereka memiliki hak dan kewajiban yang tidak berbeza. Hanya dalam masalah-masalah tertentu, memang wujud perbezaan. Hal tersebut Allah sesuaikan dengan naluri, tabiat, dan kedudukan masing-masing.

Allah mentakdirkan bahawa lelaki tidaklah sama dengan perempuan, baik dalam bentuk penciptaan, bentuk tubuh dan susunan anggota badan.

Allah berfirman,

وَلَيْسَ الذَّكَرُ كَالأنْثَى

“Dan leaki itu tidaklah sama dengan perempuan.” (Qs. Ali Imran: 36)

Kerana perbezaan tersebut, maka Allah mengkhususkan beberapa hukum syar’i bagi kaum lelaki dan perempuan sesuai dengan bentuk dasar, keahlian dan kemampuannya masing-masing. Allah memberikan hukum-hakam yang menjadi keistimewaan bagi kaum lelaki, diantaranya bahawa lelaki adalah pemimpin bagi kaum perempuan, kenabian dan kerasulan hanya diberikan kepada kaum lelaki dan bukan kepada perempuan, lelaki mendapatkan dua kali ganda dari bahagian perempuan dalam hal harta warisan atau faraed dan lain-lain. Sebaliknya, Islam telah memuliakan wanita dengan memerintahkan wanita untuk tetap tinggal dalam rumahnya serta melayani suami dan anak-anaknya tetapi memperolehi pahala yang sama seperti apa yang dilakukan oleh suami walaupun, wanita hanya berada di rumah kerana suami dan anak-anak tidak akan sempurna ke sekolah tanpa bantuan ibu, suami tidak akan ceria di pejabat jika tidak berbekalkan tiupan semangat dari seorang isteri sebelum menuju ke pejabat.

Mujahid meriwayatkan bahwa Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha berkata: “Wahai Rasulullah, mengapa kaum lelaki bisa pergi ke medan perang sedang kami tidak dan kami pun hanya mendapatkan warisan setengah bahagian lelaki?” Maka turunlah ayat yang artinya, “Dan janganlah kamu iri terhadap apa yang dikaruniakan Allah…” (Qs. An-Nisaa’: 32)” (Diriwayatkan oleh Ath-Thabari, Imam Ahmad, Al-Hakim, dan lain sebagainya)

Saudariku yang solehah , hendaklah kita mengimani apa yang Allah takdirkan, bahawa lelaki dan perempuan berbeda. Yakinlah, di balik perbedaan ini ada hikmah yang sangat besar, kerana Allah adalah Zat Yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

Wahai Muslimah Solehah, Wanita tidak perlu berjuang tetapi menyediakan bekalan untuk suaminya berjuang sudah mendapat pahala syahid walau pun berada di rumah.

Wanita tidak perlu ke Mekah tetapi hanya  menyapu lantai di rumah telah mendapat pahala seperti menyapu lantai di Masjid Makkah Al-Mukarramah..lihatlah penghormatan yang telah Allah kurniakan kepadamu wahai muslimah solehah.

Setiap helai dan minyak rambut yang engkau sikat dan sapukan pada kepala anak-anak Allah akan berikan  pahala setiap helai rambut mereka…

Apatah lagi jika seorang isteri turut membelanjakan sebahgian harta untuk kebahgiaan keluarga.. pasti Allah tidak lupa jasa kebaikkanmu wahai Muslimah Solehah….

Hanya Allah yang dapat memberi sesuatu yang lebih daripada apa yang kamu cita-citakan.. wahai muslimah Solehah…

Menjaga Kehormatan Dengan Berhijab

Berhijab merupakan kewajiban yang wajib ditunaikan bagi setiap wanita muslimah solehah dan juga yang tidak solehah. Hijab merupakan salah satu bentuk kemuliaan terhadap wanita yang telah disyariatkan dalam Islam. Dalam mengenakan hijab syar’i haruslah menutupi seluruh tubuh dan menutupi seluruh perhiasan yang dikenakan dari pandangan lelaki yang bukan mahram. Hal ini sebagaimana tercantum dalam firman Allah Ta’ala:

وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ

“dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya.” (Qs. An-Nuur: 31)

Mengenakan hijab syar’i merupakan amalan yang dilakukan oleh wanita-wanita mukminah dari kalangan sahabiah dan generasi selepasnya. Merupakan kewajipan bagi wanita-wanita sekarang yang berkeyakinan  diri pada Islam untuk meneladani jejak wanita-wanita muslimah terdahulu meraka dalam berbagai aspek kehidupan, salah satunya adalah dalam masalah berhijab. Hijab merupakan cermin kesucian diri, kemuliaan yang berhiaskan malu dan kecemburuan (ghirah). Banyak wanita sekarang yang menayanhkan  diri tanpa berpakain Islam apabila  keluar di jalan-jalan dan tempat-tempat umum dengan tidak  mengenakan hijab, malah bersolek dan mendedahkan aurat  tanpa rasa malu. Sehingga  susah hendak  dibezakan diantara  wanita muslimah  dan  wanita kafir, sekalipun ada yang memakai tudung akan tetapi tudung tersebut tidak ubahnya hanyalah seperti hiasan penutup kepala.

Dari  Aisyah radhiyallahu anha berkata:

“Semoga Allah merahmati para wanita generasi pertama yang berhijrah, ketika turun ayat:

“dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya,” (Qs. An-Nuur: 31)

“Maka mereka segera menambah kain panjang/baju labuh  mereka untuk kemudian menggunakannya sebagai purdah penutup tubuh bahagian atas mereka.”

Subhanallah… jauh sekali keadaan wanita di zaman ini dengan keadaan wanita zaman sahabiah atau sahabat-sahabat.

Sebagaimana dijelaskan sebelumnya bahawa hijabatau tudung  merupakan kewajiban atas diri seorang muslimah dan meninggalkannya menyebabkan memperolehi dosa yang membinasakan dan mendatangkan dosa-dosa yang lain yang berkaitan. Sebagai bentuk ketaatan kepada Allah dan rasulNya hendaknya wanita mukminah Solehah bersegera melaksanakan perintah Allah yang telah mewajibkannya tanpa mengadakan alasan dan mendahulukan nasfu lebih dari Allah SWT.

Allah Azzawa Jalla berfirman: “Dan tidaklah patut bagi mukmin dan tidak (pula) bagi mukminah, apabila Allah dan rasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, kemudian mereka mempunyai pilihan (yang lain) tentang urusan mereka dan sesiapa mendurhakai Allah dan rasulNya. Maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata.” (Qs. Al-Ahzab: 36)

Mengenakan hijab atau purdah syarei mempunyai banyak kelebihan, diantaranya:

  1. Menjaga kehormatan.
  2. Membersihkan hati.
  3. Melahirkan akhlak yang mulia.
  4. Tanda kesucian.
  5. Menjaga rasa malu.
  6. Mencegah dari keinginan dan hasrat syaitaniah.
  7. Menjaga keghirahan.
  8. Dan lain-lain. Adapun untuk secara terperinci  tentang hijab dapat dilihat pada artikel-artikel yang lain.

Kembalilah ke Rumahmu

وَقَرْنَ فِيْ بُيُوْتِكُنَّ

“Dan hendaklah kamu tetap berada di rumahmu.” (Qs. Al-Ahzab: 33)

Islam telah memuliakan kaum wanita dengan memerintahkan mereka untuk tetap tinggal dalam rumahnya. Ini merupakan ketentuan yang telah Allah syariatkan. Oleh kerana itu, Allah mewajibkan  kaum wanita dari beberapa kewajiban syariat yang  lain sebagaimana  diwajibkan kepada kaum lelaki, diantaranya:

1. Digugurkan baginya kewajiban menghadiri solat jum’at dan solat jamaah.

2. Kewajiban menunaikan ibadah haji bagi wanita disyaratkan dengan disertakan mahramnya.

3. Wanita tidak wajib  berjihad di medan jihad.

Sedangkan keluarnya mereka dari rumah adalah rukhshah (kelonggaran) yang diberikan kerana keperluan dan darurat. Maka, hendaklah wanita muslimah tidak kerap keluar rumah, apatah lagi dengan berhias atau memakai wangi-wangian sebagaimana halnya dengan  wanita-wanita jahiliyah dan kafir.

Perintah untuk tetap berada di rumah merupakan hijab /perlindungan bagi kaum wanita dari menayangkan  diri di hadapan lelaki yang bukan mahram dan mengelakkan pergaulan yang bercampur dengan lelaki. Apabila wanita menayangkan diri di hadapan lelaki yang bukan mahram maka ia wajib mengenakan hijab atau purdah yang menutupi seluruh tubuh dan perhiasannya. Dengan menjaga hal-hal ini, maka iaakan wujud berbagai matlamat dan tujuan syariat, iaitu:

  1. Terpelihara dengan apa yang menjadi tuntunan fitrah dan kedududkan manusia merupakan pembahagian yang adil diantara hamba-hambaNya iaitu kaum wanita memegang urusan rumah tangga sedangkan lelaki menangani pekerjaan di luar rumah.
  2. Terpeliharanya tujuan syariat bahawa masyarakat Islami adalah masyarakat yang tidak bercampur baur. Kaum wanita memiliki tugas khusus iaitu di dalam rumah sedang kaum laki-laki memiliki tugas tersendiri, iaitu di luar rumah.
  3. Memfokuskan kaum wanita untuk melaksanakan kewajibannya di dalam rumah tangga dan mendidik generasi masa depan.

Islam adalah agama fitrah, dimana kemaslahatan umum seiring dengan fitrah manusia dan bidang-bidang yang telah disediakan. Islam tidak membenarkan bagi kaum wanita untuk bekerja di luar rumah kecuali pekerjaan yang sesuai dengan fitrah, tabie  dan sifat kewanitaannya. Kerana seorang perempuan adalah seorang isteri yang bertanggungjawab memikul  tugas mengandung, melahirkan, menyusui, mengurus rumah, membelai anak, mendidik generasi ummah di madrasah/sekolah mereka yang pertama, iaitu: ‘Rumah’.

Bahaya Tabarruj Model Jahiliyah

Bersolek merupakan fitrah bagi wanita pada umumnya. Jika bersolek di depan suami, orang tua atau teman-teman sesama wanita maka hal ini dibolehkana. Namun, wanita sekarang umumnya bersolek dan menampakkan sebahagian anggota tubuh serta perhiasan di tempat-tempat umum. Padahal di tempat-tempat umum banyak terdapat lelaki tidak  mahram yang akan memperhatikan mereka dan kejelitaan yang dipamerkannya adalah  disebut dengan tabarruj model jahiliyah.

Di zaman sekarang, tabarruj model ini merupakan hal yang sudah dianggap biasa, padahal Allah dan RasulNya telah  mengharamkannya secara keras.

Allah berfirman:

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى

“Dan hendaklah kamu tetap berada di rumahmu dan janganlah kalian berhias dan bertingkah laku seperti model berhias dan bertingkah lakunya orang-orang jahiliyah dahulu (tabarruj model jahiliyah).” (Qs. Al-Ahzab: 33)

Abu Hurairah Radhiyallahu anhu berkata: “Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam bersabda: yang ertinya: “Ada dua golongan ahli neraka yang tidak pernah aku lihat sebelumnya; sekelompok orang yang memegang cambuk seperti ekor sapi yang dipakai untuk mencambuk manusia dan wanita-wanita yang berpakaian tapi hakikatnya telanjang, mereka berjalan melenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Mereka tidak akan masuk surga dan tidak bisa mencium aromanya. Sesungguhnya aroma jannah tercium dari jarak sekian dan sekian.” (HR. Muslim)

Ciri-ciri  tabarruj model jahiliyah diantaranya:

  1. Menampakkan sebagian anggota tubuhnya di hadapan lelaki bukan  mahram.
  2. Menampakkan perhiasannya, samada  semua atau sebahagian sahaja.
  3. Berjalan secara disengajakan atau dibuat-buat.
  4. Mendayu-dayu dalam berbicara terhadap lelaki bukan mahram.
  5. Menghentak-hentakkan kaki agar diketahui perhiasan yang tersembunyi pada kakinya.

Pernikahan, Mahkota Kaum Wanita

Nikah atau kahwin merupakan sunnah para Nabi dan Rasul serta jalan hidup orang-orang mukmin. Nikah atau kahwin merupakan perintah Allah kepada hamba-hambaNya:

“Dan nikahkanlah orang-orang yang sedirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Qs. An-Nuur: 32)

Pernikahan merupakan sarana untuk menjaga kesucian dan kehormatan baik lelaki mahupun perempuan. Selain itu, nikah dapat mententeramkan hati dan mencegah diri dari dosa (zina). Hendaknya nikah dilakukan dengan niat kerana mengikuti sunnah nabi sallallahu alaihi wa sallam dan untuk menjaga agama serta kehormatannya.

Tidaklah baik bagi wanita mukminah bercita-cita untuk hidup membujang. Membujang dapat menyebabkan hati sentiasa gelisah, terjerumus dalam banyak dosa dan menyebabkan terjatuh dalam kehinaan.

Kemaslahatan-kemaslahatan pernikahan atau tujuan disyariatkan nikah:

  1. Menjaga keturunan dan mewarisi  kehidupan manusia.
  2. Menjaga kehormatan dan kesucian diri.
  3. Memberikan ketenteraman bagi dua insan. Ada yang dilindungi dan melindungi. Serta melahirkan kasih sayang bagi keduanya.

Demikianlah beberapa perkara yang harus diperhatikan oleh setiap muslimah Solehah agar dirinya tidak terjerumus ke lembah dosa dan kemaksiatan serta  tidak menjerumuskan orang lain ke dalam dosa dan kemaksiatan.